- Meningkatkan prestasi murid dalam kecemerlangan akademik melalui pemantapan program panitia.
- Meningkatkan tahap profesionalan guru melalui kursus,LADAP dan motivasi yang berkesan.
- Memastikan penguasaan asas 3M(Membaca,Menulis,Mengira) dikalangan murid.100% celik huruf dan 90% menguasai tulisan cantik dan kemas.
- Sifar LINUS dikalangan murid Tahun 1,2 dan 3.
- Memastikan perjalanan program PBS dan KSSR berjalan sepertimana kehendak kementerian dan jabatan.
- Memastikan peningkatan kualiti A dan peratus lulus Min.C dalam semua matapelajaran terutamanya didalam UPSR bagi meningkatkan GPS(Gred Purata Sekolah).
- Meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris dan Matematik melalui program 5 minit sebelum P&P Bahasa Inggeris dan Matematik.
- 90% murid memanfaatkan perpustakaan dan melibatkan diri dalam program NILAM.
- Menyediakan volume kerja yang mencukupi dan berkesan serta sesuai dengan tahap pencapaian murid.
- Pencerapan pengajaran dan pembelajaran guru sekurang-kurangnya 3kali setahun bagi setiap guru bagi memantapkan P&P guru.
- Mengadakan pencerapan pemeriksaan buku latihan/aktiviti murid.
- Memastikan sukatan pelajaran Tahun 6 diselesaikan selewat-lewatnya akhir bulan Jun.
FOKUS KURIKULUM 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
0 comments:
Post a Comment