Tuesday, February 24, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG 2015



SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JERANGAU,
21820 DUNGUN,TERENGGANU

NO TEL: 09 8384575         FAX :09 8385676



          MESYUARAT  PIBG SK LKTP JERANGAU

                                          KALI  KE -28 , 2015



1.0 : TUJUAN

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara sesama waris dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah. Program seperti ini dapat melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak.


2.0 : PENGENALAN

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan salah satu daripada program yang dijalankan di bawah Sarana Ibu Bapa. Program ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap tahun. Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibu bapa berkongsi pendapat dan penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak.

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-28 ini telah dilaksanakan pada 14 Februari 2015 (Ahad) yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat YB En Roslee Bin Daud P.P.N Adun Bukit Besi,Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan.

Sarana ini mengandungi soal selidik untuk ibu bapa dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak. Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada ibu bapa menambahbaik dalam bidang bidang tertentu. Sebenarnya ibu bapa telah melakukan banyak usaha mengikut kemampuan masing-masing supaya anak-anak berjaya dalam pelajaran. Usaha ini jika dipertingkatkan, akan memberi kesan yang lebih besar.

Sehubungan dengan itu, penglibatan ibu bapa secara aktif dalam sarana ini diharap akn dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi dan kecermelangan murid dan juga sekolah.


3.0 : MISI

·            Meningkatkan penglibatan ibu bapa melalui sumbangan dan bantuan dari pelbagai segi bagi membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid dalam kebajikan dan kemajuan pelajaran anak-anak selaras dengan dasar kerajaan melalui pengenalan Sarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.



4.0  : MATLAMAT

·         Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.

·         Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah.

·         Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat.

·         Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.


5.0 : OBJEKTIF


Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dalam menyediakan 6 elemen yang menyokong pembelajaran bagi membantu murid mencapai kecemerlangan holistik.































Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini sedikit sebanyak dijadikan landasan oleh ibu bapa yang mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza, untuk menjadikannya panduan untuk mengatasi cabaran mendidik anak-anak. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh ibu bapa untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah diharapkan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka. Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa diharap dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan tema “Ibu Bapa Cemerlang Sekolah Gemilang”


Disediakan oleh ,                                                                 



……………………………………                                    
(TUAN MOHD IKHWAN BIN TUAN ISMAIL)
Setiausaha Dokumentasi ,

SK LKTP JERANGAU
21820 DUNGUN
TERENGGANU