SEKOLAH
KEBANGSAAN LKTP JERANGAU,
21820
DUNGUN,TERENGGANU
NO TEL: 09
8384575 FAX :09 8385676
MESYUARAT
PIBG SK LKTP JERANGAU
KALI KE -28 , 2015
1.0 : TUJUAN
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara sesama waris dan
guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian
terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah. Program seperti ini
dapat melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak.
2.0 : PENGENALAN
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
merupakan salah satu daripada program yang dijalankan di bawah Sarana Ibu Bapa.
Program ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap tahun. Sarana ini khas
untuk ibu bapa bagi membolehkan ibu bapa berkongsi pendapat dan penglibatan
bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak.
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali
ke-28 ini telah dilaksanakan pada 14 Februari 2015 (Ahad) yang telah dirasmikan
oleh Yang Berhormat YB En Roslee Bin Daud P.P.N Adun Bukit Besi,Kehadiran ibu
bapa amat menggalakkan.
Sarana ini mengandungi soal selidik untuk ibu
bapa dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam
pembelajaran anak. Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan
kepada ibu bapa menambahbaik dalam bidang bidang tertentu. Sebenarnya ibu bapa
telah melakukan banyak usaha mengikut kemampuan masing-masing supaya anak-anak
berjaya dalam pelajaran. Usaha ini jika dipertingkatkan, akan memberi kesan
yang lebih besar.
Sehubungan dengan itu, penglibatan ibu bapa
secara aktif dalam sarana ini diharap akn dapat membantu pihak sekolah dalam
meningkatkan prestasi dan kecermelangan murid dan juga sekolah.
3.0 : MISI
·
Meningkatkan penglibatan ibu bapa melalui sumbangan dan bantuan dari
pelbagai segi bagi membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi
kehendak dan keperluan murid dalam kebajikan dan kemajuan pelajaran anak-anak
selaras dengan dasar kerajaan melalui pengenalan Sarana Ibu Bapa dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
4.0 : MATLAMAT
·
Membantu
dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.
·
Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan
kemudahan di sekolah.
·
Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan
antara sekolah dan masyarakat setempat.
·
Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana
yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
5.0 : OBJEKTIF
Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dalam menyediakan 6 elemen yang menyokong pembelajaran bagi membantu murid mencapai kecemerlangan holistik.
Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana
ini sedikit sebanyak dijadikan landasan oleh ibu bapa yang mempunyai
persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza, untuk menjadikannya
panduan untuk mengatasi cabaran mendidik anak-anak. Walaupun demikian, setiap
suatu usaha yang diambil oleh ibu bapa untuk terlibat lebih mendalam dengan
pembelajaran anak di rumah sangatlah diharapkan. Apabila anak-anak mengetahui
bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran
menjadi begitu tinggi dalam diri mereka. Kerjasama erat antara pihak sekolah
dan ibu bapa diharap dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan
tema “Ibu Bapa Cemerlang Sekolah Gemilang”
Disediakan oleh ,
……………………………………
(TUAN
MOHD IKHWAN BIN TUAN ISMAIL)
Setiausaha Dokumentasi ,
SK LKTP JERANGAU
21820 DUNGUN
TERENGGANU
0 comments:
Post a Comment